Sunday, 15 April 2012

Contoh-contoh Komunikasi



Komunikasi Intrapersonal
Apabila berkomunikasi secara bersendirian tanpa melibatkan orang lain,seseorang itu dikatakan melakukan komunikasi intrapersonal.Komunikasi intrapersonal ialah fungsi psikologi untuk membentang, meneliti, mentafsir dan operasi terhadap apa juga maklumat, mesej atau pengalaman.Semua ini berlaku dalam fikiran individu.

Komunikasi Interpersonal

Dalam komunikasi interpersonal dua individu terlibat dan saling menghasilkan serta mentafsirkan maklumat

Komunikasi Berkumpulan

Komunikasi berkumpulan melibatkan lebih daripada dua individu.Komunikasi kumpulan kecil boleh melibatkan kelompok sehingga 25 orang malah lebih lagi dalam suatu kumpulan besar.

Komunikasi Organisasi

Dalam sebuah organisasi terdapat kelompok kumpulan kecil yang bebas, berwibawa dan berpusat di bawah suatu pemusatan kuasa yang lebih besar. Komunikasi dalam sesebuah organisasi lebih rumit kerana melibatkan jumlah yang sangat besar dan protokol yang tertentu pula.


Komunikasi Awam

Komunikasi awam melibatkan komunikasi seorang komunikator dengan sejumlah besar pendengar atau khalayak.

Komunikasi Silang Budaya

Komunikasi silang budaya merupakan komunikasi yang melibatkan individu daripada latar budaya yang pelbagai seperti Melayu, Cina dan India.



No comments:

Post a Comment