Sunday, 15 April 2012

Apakah Teknologi Yang Terlibat Dalam Membuat Keputusan


Sebagai seorang yang menjalankan perniagaan secara dalam talian, saya memerlukan peralatan teknologi yang mampu mengakses internet di mana-mana sahaja. Hal ini bagi memastikan saya mampu menjadi seorang yang komited dalam melakukan sesuatu perkara terutamanya  yang berkaitan dengan teknologi komunikasi. Bagi memastikan setiap urusan yang saya lakukan berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan, saya akan memastikan diri saya sentiasa mengikuti perkembangan teknologi semasa dan saya juga akan cuba untuk memiliki teknologi tersebut. Antara peralatan teknologi komunikasi yang saya gunakan dalam menjalankan perniagaan secara dalam talian ialah komputer riba, telefon pintar, wifi dan pelbagai alatan teknologi yang lain.

1)      Komputer Riba
Komputer riba sememangnya amat penting bagi saya menguruskan semua perkara mengenai perniagaan dalam talian yang saya usahakan. Komputer riba membantu dalam saya mengemaskini sesuatu perkara yang baru dan berhubung secara dalam talian dengan pelanggan. Ia juga berfungsi sebagai tempat penyimpanan segala maklumat mengenai sesuatu perkara yang saya lakukan.



2)      Telefon Pintar
Telefon pintar sekarang bukan lagi satu kehendak tapi ia merupakan satu keperluan terutamanya bagi individu yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara dalam talian seperti saya. Hal ini kerana, peralatan ini amat mudah digunakan dan boleh digunakan pada bila-bila masa serta di mana jua saya berada dengan menggunakan jaringan internet secara terus ke telefon pintar tersebut.




3)      Wifi
Wifi merupakan satu jaringan internet yang amat penting dalam melakukan sesuatu urusan secara dalam talian. Tanpa wifi, kita tidak boleh  mengakses internet walaupun berada dekat dengan pencawangnya. Wifi ini berfungsi dalam menghubungkan saya secara terus ke akaun perniagaan dalam talian milik saya dan berfungsi sebagai penghubung antara saya dengan pelanggan saya.


No comments:

Post a Comment