Apabila bercerita mengenai hobi,
ia merupakan suatu perkara yang amat menyeronokkan untguk di kongsi bersama
rakan-rakan terutamanya apabila ita bertemu dengan rakan yang mempunyai hobi
ynag sama dengan kita. Saya sendiri seperti orang lain juga, mempunyai hobi
saya sendiri dan hobi saya ini tidaklah pelik atau jarang di dengar. Sebelum
saya memberitahu tentang hobi saya, saya ingin memcoretkan sesuatu terlebih
dahulu. Hobi saya ini, boleh dikatakan jarang sekali untuk dikaitkan dengan
kaum adam, tetapi senang sekali dikaitkan dengan kaum hawa cuma ada sedikit
perbezaan. Cuba anda teka apakah hobi saya? Ia boleh dilakukan pada bila-bila
masa dan di mana sahaja. Ha....hobi saya ialah membaca buku. Ha? Lelaki?
Membaca buku? Biar betul? Mungkin itu yang bermain di benak fikiran anda
tatkala membaca nukilan saya ini kan? Betul...membaca buku ialah hobi saya,
tetapi anda semua jangan salah tafsir ye... Hobi saya ialah membaca buku,
bukannya membaca novel. Ha...inilah apa yang saya katakan bahawa hobi saya ini
sering dikaitkan dengan wanita tetapi ada perbezaannya. Perbezaan tersebut
ialah wanita suka membaca novel tetapi saya membaca buku.
Apakah jenis buku yang saya
sering dan suka baca? Saya suka membaca buku-buku yang berkaitan dengan
keagamaan iaitu berkaitan dengan Islam dan buku-buku motivasi. Saya sendiri pun
sebenarnya tidak tahu dan tidak perasan bagaiman hobi membaca buku-buku
sebegini boleh lahir dalam diri saya tanpa saya sendiri sedari. Hobi membaca
nukilan-nukilan insan yang penuh dengan ilmu ini seingat saya mula sebati dalam
diri hamba Allah ini apabila memasuki alam persekolahan menengah atas iaitu
sewaktu tingkatan 4 dan ke atas. Saya mula tertarik untuk membaca
lebaran-lebaran ilmu yang ditintakan di atas kertas yang suci dan bersih apabila
merasakan ilmu yang saya ada dan pelajari secara formal tidak mencukupi bagi
merentasi perjalanan hidup sementara di dunia yang penuh dengan tipu daya ini.
Antara buku-buku yang telah saya
beli dengan menggunakan duit sendiri yang disimpan sewaktu sekolah ialah Keagungan
Azan. Buku ini merupakan teman sejati saya, sewaktu saya bekerja
setelah usai menamatkan alam persekolah selepas tingkatan 5 bagi mencari
sedikit bekalan untuk menampung perbelanjaan sekiranya berjaya menyambung
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Semasa bekerja saya mempunyai waktu
rehat selama 1 jam dan itu merupakan waktu yang cukup panjang. Untuk makan,
saya hanya mengambil masa sekitar 15 minit sahaja, dan waktu yang selebihnya di
isi dengan membaca nukilan seorang mengenai kekuasaan Sang Maha Pencipta.
Antara buku-buku lain yang saya miliki dan baca ialah Jalan Berliku Menuju Puncak,
Kompas Cinta, Cinta IPT, Mutiara Kata, Menyangkal Kiamat 2012, The Power Of
Miskin, Rahsia Simbol Yahudi, Lembutkanlah Hatimu, Ku Damba Cinta Mu Ya
Rasulullah, 55 Petua Orang Berjaya dan sebagainya.
Saya memilih untuk mebaca
karya-karya seperti ini kerana saya merasakan diri ini amatlah cetek ilmu-ilmu
mengenai keagamaan dan motivasi. Ilmu agama ialah bekalan kita di akhirat kelak
dan ilmu motivasi adalah penentu jalannya sama ada kita akan memilih untuk ke
lembah Firdaus atau ke lembah Jahanam di hari kebangkitan kelak. Walaupun ilmu
yang diperolehi tidaklah semewah para wali, tetapi ia mencukupi untuk
mengelakkan seorang insan yang lemah imannya terjerumus ke kancah kebinasaan
tanpa ada sebarang usaha yang dilakukan oleh hamba Allah tersebut. Dalam Islam
ada menyatakan, “tuntutlah ilmu sejak dari buaian sehingga ke liang lahad” yang
membawa erti ilmu harus dicari sejak dari kecil sehingga mati dan ilmu itu
tidak pernah habis.
No comments:
Post a Comment