Realitinya kini teknologi
komunikasi telah berkembang secara pesat tanpa kita sedari mahupun kita
sedarinya. Pelbagai kegiatan dan perkara boleh dilakukan dengan menggunakan
teknologi komunikasi terutamanya. Dunia kini seperti berada di hujung jari dan ungkapan
ini sememangnya telah lama kita dengarinya. Tetapi kini, dunia bukan sahaja
berada di hujung jari malah boleh berada di mana-mana sahaja. Teknologi
komunikasi kini tidak terbatas dengan menggunakan telefon bimbit semata-mata
tetapi ia telah melalui transformasi menjadi telefon pintar yag mana kita boleh
menggunakannya untuk mengakses internet di mana-mana sahaja dan pada bila-bila
masa sahaja. Oleh itu, kita tidak terikat untuk menggunakan komputer atau
komputer bimbit untuk melayari internet.
Sejajar dengan kepesatan arus
permodenan teknologi komunikasi ini, hobi saya amatlah saya sesuai untuk
dijadikan sebagai contoh bagaimana teknologi komunikasi membantu saya menjana
pendapatan. Kini, disebabkan oleh kepesatan penggunaan internet dikalangan masyarakat
dunia, internet telah menjadi medan penting dalam menghubungkan seseorang
dengan sesuatu yang lain. Melalui pembacaan juga sebenarnya kita boleh menjana
pendapatan secara kita sedar atau tidak. Dengan ilmu yang saya ada tentang
sesuatu perkara, saya boleh menulisnya dalam blog secara ringkas dan padat agar
mudah difahami oleh pembaca. Hal ini kerana, kini semakin ramai orang tidak
gemar membaca buku tetapi golongan ini sebenarnya masih gemar membaca cuma
mereka beralih arah ke sesuatu yang baru yang lebih mudah dan senang serta
tidak perlu mengeluarkan wang yang benyak atau langsung tidak mengeluarkan
wang. Perkara tersebut ialah blog. Blog semakin terkenal dalam kalangan
masyarakat kini terutamanya bagi mereka yang kesuntukan mengejar masa.
Melalui blog ini, saya boleh
menulis apa-apa sahaja tentang sesuatu terutamanya berkaitan sesuatu ilmu dalam
blog milik saya. Apabila orang ramai melihat dan membaca tentang blog saya,
saya mampu memperolehi pendapatan tanpa saya sedari dan tanpa berbuat apa-apa.
Setiap kali ada sahaja pengunjung yang mengunjungi blog saya, saya akan
memperolehi syer kerana saya telah menghubungkan blog saya dengan sesuatu iklan
dan melalui syarikat iklan itulah saya akan memperolehi pendapatan secara dalam
talian. Inilah salah satu cara bagaimana saya mampu menjana pendapatan melalui
pembacaan buku.
Salah satu cara lagi cara saya
mampu menjana pendapatan melaui hobi saya ialah dengan saya mengesyorkan
buku-buku yang telah saya baca melalui blog atau apa-apa kaedah sekalipun.
Sebelum itu, saya akan berhubung dan berbincang terlebih dahulu dengan pemilik
sesebuah buku tersebut. Setelah membuat perjanjian, saya akan mengesyorkan
buku-buku yang saya rasakan amat menarik dan patut dimiliki serta dibaca oleh
orang lain juga. Dengan setiap buku yang terjual, saya akan memperolehi syer
yang telah dipersetujui sebelum itu. Ini merupakan cara yang mudah untuk
memperolehi pendapatan melalui hobi saya dengan menggunakan teknologi
komunikasi.
No comments:
Post a Comment