Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih
daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan
alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. Perkataan
technologi berasal dari perkataan Greek (technología); dari (téchnē), yang
bermaksud "seni, kemahiran, rekaan", dan (-logía), yang bermaksud
"pembelajaran, kajian". Istilah ini boleh diguna pakai sama ada
secara umum atau dalam bidang tertentu: contohnya teknologi pembinaan,
teknologi perubatan, dan teknologi maklumat.
Istilah
teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses
terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi.
Maksud
yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai
tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk
yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal
kita berubah.
Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah
dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia
yang dihadapi dalam kehidupan seharian.
Teknologi juga dapat
diertikan
sebagai sekumpulan prinsip, pengetahuan, dan cara yang dianuti masyarakat mengenai
penggunaan atau penerapan ilmu alam (sains) dan peralatan-peralatan yang dibuat
oleh
manusia
untuk
kemudahannya.
No comments:
Post a Comment