Sunday, 15 April 2012

Apa Itu Komunikasi


Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai "satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain". Ia merupakan proses interaksi yang bererti antara hidupan dan merangkumi kedua-dua:
§  perbuatan menghantar matklumat; dan
§  proses untuk bertukar-tukar maksud;
supaya dapat menghasilkan pemahaman. Komunikasi boleh mengambil bentuk, baik secara lisan mahupun tidak, misalnya bahasa gerak-geri, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata, dan penulisan.

Istilah komunikasi berasal dari perkataan Latin Communicare atau Communis yang bererti untuk berbagi, membagi keluar, berkomunikasi, menanamkan, menginformasikan, bergabung, bersatu, dan berpartisipasi dalam.
Beberapa definisi komunikasi menurut pakar:
1)      Komunikasi adalah situasi-situasi yang memungkinkan sumber mentransmisikan suatu pesan kepada seorang penerima dengan disedari untuk mempengaruhi penerima. (Gerald R.Miller)
2)      Komunikasi adalah suatu proses yang membuat sama ada bagi dua orang atau lebih apa yang tadinya merupakan monopoli seseorang atau sejumlah orang. (Alex Gode).
3)      Komunikasi adalah pertukaran verbal pikiran atau gagasan. (John B.Hoben).
4)      Komunikasi adalah proses penciptaan makna antara dua orang (komunikator 1 dan komunikator 2) atau lebih. (Tubbs dan Moss).
5)      Komunikasi adalah transmisi informasi. (Bernard Berelson dan Gary Steiner).




Contoh-contoh Komunikasi



Komunikasi Intrapersonal
Apabila berkomunikasi secara bersendirian tanpa melibatkan orang lain,seseorang itu dikatakan melakukan komunikasi intrapersonal.Komunikasi intrapersonal ialah fungsi psikologi untuk membentang, meneliti, mentafsir dan operasi terhadap apa juga maklumat, mesej atau pengalaman.Semua ini berlaku dalam fikiran individu.

Komunikasi Interpersonal

Dalam komunikasi interpersonal dua individu terlibat dan saling menghasilkan serta mentafsirkan maklumat

Komunikasi Berkumpulan

Komunikasi berkumpulan melibatkan lebih daripada dua individu.Komunikasi kumpulan kecil boleh melibatkan kelompok sehingga 25 orang malah lebih lagi dalam suatu kumpulan besar.

Komunikasi Organisasi

Dalam sebuah organisasi terdapat kelompok kumpulan kecil yang bebas, berwibawa dan berpusat di bawah suatu pemusatan kuasa yang lebih besar. Komunikasi dalam sesebuah organisasi lebih rumit kerana melibatkan jumlah yang sangat besar dan protokol yang tertentu pula.


Komunikasi Awam

Komunikasi awam melibatkan komunikasi seorang komunikator dengan sejumlah besar pendengar atau khalayak.

Komunikasi Silang Budaya

Komunikasi silang budaya merupakan komunikasi yang melibatkan individu daripada latar budaya yang pelbagai seperti Melayu, Cina dan India.



Apa Itu Teknologi



Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. Perkataan technologi berasal dari perkataan Greek (technología); dari (téchnē), yang bermaksud "seni, kemahiran, rekaan", dan (-logía), yang bermaksud "pembelajaran, kajian". Istilah ini boleh diguna pakai sama ada secara umum atau dalam bidang tertentu: contohnya teknologi pembinaan, teknologi perubatan, dan teknologi maklumat.
Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi.
Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.
Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.
Teknologi juga dapat diertikan sebagai sekumpulan prinsip, pengetahuan, dan cara yang dianuti masyarakat mengenai penggunaan atau penerapan ilmu alam (sains) dan peralatan-peralatan yang dibuat oleh manusia untuk kemudahannya.

Contoh-contoh Teknologi


Teknologi tidak dapat dipisahkan dari hidup manusia. Kita menggunakannya dalam hidup sehari-harian. Contoh teknologi yang kita gunakan itu dapat dilihat pada benda-benda di sekitar kita, misalnya radio. Radio dikembangkan oleh Guilelmo Marconi dari Itali sejak tahun 1895. Konsep radio berkembang dari teori gelombang elektromagnetik. Radio berkembang pesat setelah Perang Dunia II dan membuka kemungkinan explorasi ruang angkasa.
Tranportasi udara merupakan contoh teknologi yang membuat jarak menjadi semakin pendek. Pesawat terbang yang sukses ditemukan pada tahun 1903 oleh Wright bersaudara. Kemudian, pesawat terbang pun berkembang pesat pada masa Perang Dunia II untuk keperluan militer. Setelah Perang Dunia II, mulailah ada penerbangan pesawat komersial. Seiring dengan perkembangan zaman, pesawat dapat terbang semakin tinggi dan jauh.
Komputer juga merupakan contoh teknologi yang sangat memudahkan manusia. Pada awal dikembangkannya pada tahun 1945, komputer berukuran sebesar satu ruangan, tetapi kini komputer dapat berukuran sangat kecil dan dapat dibawa ke mana-mana.
Teknologi pada dasarnya berkembang seiring dengan perkembangan peradaban manusia. Peradaban purba pun mengembangkan teknologi sederhana yang merupakan cikal bakal arsitektur, transportasi, komunikasi, persenjataan, dan bahkan komputasi. Bangsa dari peradaban tertua dunia sudah mengenal teknologi tinggi berabad-abad silam dalam hal membuat bangunan-bangunan besar, misalnya piramida Mesir, koloseum Romawi, Taman Gantung Babilonia, Mohenjo Daro, Tembok Raksasa Tiongkok, dan Candi Borobudur.


Radio Lama


Radio Moden

Kapal Terbang Lama


Kapal Terbang Moden


Piramid


Candi Borobudur

Apa Itu Teknologi Komunikasi


Teknologi komunikasi adalah peralatan perangkat keras (hardware) dalam sebuah organisasi yang mengandungi nilai-nilai sosial, yang memungkinkan setiap individu mengumpulkan, memproses, an saling tukar menukar informasi dengan individu-individu yang lain. (Roger, 1983).
Karakter Teknologi Komunikasi:
1.       Teknologi komunikasi dapat diimplementasikan dalam suatu alat.
2.       Teknologi komunikasi dilahirkan oleh sebuah struktur sosial, ekonomi dan politik.
3.       Teknologi komunikasi membawa nilai yang berasal dari struktur ekonomi, sosial dan politik tertentu.
4.       Teknologi komunikasi meningkatkan kemampuan pancaindera manusia terutama mendengar dan melihat.


Contoh-contoh Teknologi Komunikasi


Teknologi komunikasi merangkumi pelbagai jenis alat komunikasi yang menggunakan sebarang bentuk teknologi. Antara contoh-contoh alatan teknologi komunikasi ialah radio, televisyen, komputer, mesin faks, telefon dan sebagainya.


Radio


Televisyen


Komputer


Mesin Faks


Telefon

Apa Hobi Saya


Apabila bercerita mengenai hobi, ia merupakan suatu perkara yang amat menyeronokkan untguk di kongsi bersama rakan-rakan terutamanya apabila ita bertemu dengan rakan yang mempunyai hobi ynag sama dengan kita. Saya sendiri seperti orang lain juga, mempunyai hobi saya sendiri dan hobi saya ini tidaklah pelik atau jarang di dengar. Sebelum saya memberitahu tentang hobi saya, saya ingin memcoretkan sesuatu terlebih dahulu. Hobi saya ini, boleh dikatakan jarang sekali untuk dikaitkan dengan kaum adam, tetapi senang sekali dikaitkan dengan kaum hawa cuma ada sedikit perbezaan. Cuba anda teka apakah hobi saya? Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Ha....hobi saya ialah membaca buku. Ha? Lelaki? Membaca buku? Biar betul? Mungkin itu yang bermain di benak fikiran anda tatkala membaca nukilan saya ini kan? Betul...membaca buku ialah hobi saya, tetapi anda semua jangan salah tafsir ye... Hobi saya ialah membaca buku, bukannya membaca novel. Ha...inilah apa yang saya katakan bahawa hobi saya ini sering dikaitkan dengan wanita tetapi ada perbezaannya. Perbezaan tersebut ialah wanita suka membaca novel tetapi saya membaca buku.
Apakah jenis buku yang saya sering dan suka baca? Saya suka membaca buku-buku yang berkaitan dengan keagamaan iaitu berkaitan dengan Islam dan buku-buku motivasi. Saya sendiri pun sebenarnya tidak tahu dan tidak perasan bagaiman hobi membaca buku-buku sebegini boleh lahir dalam diri saya tanpa saya sendiri sedari. Hobi membaca nukilan-nukilan insan yang penuh dengan ilmu ini seingat saya mula sebati dalam diri hamba Allah ini apabila memasuki alam persekolahan menengah atas iaitu sewaktu tingkatan 4 dan ke atas. Saya mula tertarik untuk membaca lebaran-lebaran ilmu yang ditintakan di atas kertas yang suci dan bersih apabila merasakan ilmu yang saya ada dan pelajari secara formal tidak mencukupi bagi merentasi perjalanan hidup sementara di dunia yang penuh dengan tipu daya ini.
Antara buku-buku yang telah saya beli dengan menggunakan duit sendiri yang disimpan sewaktu sekolah ialah Keagungan Azan. Buku ini merupakan teman sejati saya, sewaktu saya bekerja setelah usai menamatkan alam persekolah selepas tingkatan 5 bagi mencari sedikit bekalan untuk menampung perbelanjaan sekiranya berjaya menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Semasa bekerja saya mempunyai waktu rehat selama 1 jam dan itu merupakan waktu yang cukup panjang. Untuk makan, saya hanya mengambil masa sekitar 15 minit sahaja, dan waktu yang selebihnya di isi dengan membaca nukilan seorang mengenai kekuasaan Sang Maha Pencipta. Antara buku-buku lain yang saya miliki dan baca ialah Jalan Berliku Menuju Puncak, Kompas Cinta, Cinta IPT, Mutiara Kata, Menyangkal Kiamat 2012, The Power Of Miskin, Rahsia Simbol Yahudi, Lembutkanlah Hatimu, Ku Damba Cinta Mu Ya Rasulullah, 55 Petua Orang Berjaya dan sebagainya.
Saya memilih untuk mebaca karya-karya seperti ini kerana saya merasakan diri ini amatlah cetek ilmu-ilmu mengenai keagamaan dan motivasi. Ilmu agama ialah bekalan kita di akhirat kelak dan ilmu motivasi adalah penentu jalannya sama ada kita akan memilih untuk ke lembah Firdaus atau ke lembah Jahanam di hari kebangkitan kelak. Walaupun ilmu yang diperolehi tidaklah semewah para wali, tetapi ia mencukupi untuk mengelakkan seorang insan yang lemah imannya terjerumus ke kancah kebinasaan tanpa ada sebarang usaha yang dilakukan oleh hamba Allah tersebut. Dalam Islam ada menyatakan, “tuntutlah ilmu sejak dari buaian sehingga ke liang lahad” yang membawa erti ilmu harus dicari sejak dari kecil sehingga mati dan ilmu itu tidak pernah habis.









Bagaimana Teknologi Komunikasi Membantu Anda Menjana Pendapatan


Realitinya kini teknologi komunikasi telah berkembang secara pesat tanpa kita sedari mahupun kita sedarinya. Pelbagai kegiatan dan perkara boleh dilakukan dengan menggunakan teknologi komunikasi terutamanya. Dunia kini seperti berada di hujung jari dan ungkapan ini sememangnya telah lama kita dengarinya. Tetapi kini, dunia bukan sahaja berada di hujung jari malah boleh berada di mana-mana sahaja. Teknologi komunikasi kini tidak terbatas dengan menggunakan telefon bimbit semata-mata tetapi ia telah melalui transformasi menjadi telefon pintar yag mana kita boleh menggunakannya untuk mengakses internet di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu, kita tidak terikat untuk menggunakan komputer atau komputer bimbit untuk melayari internet.
Sejajar dengan kepesatan arus permodenan teknologi komunikasi ini, hobi saya amatlah saya sesuai untuk dijadikan sebagai contoh bagaimana teknologi komunikasi membantu saya menjana pendapatan. Kini, disebabkan oleh kepesatan penggunaan internet dikalangan masyarakat dunia, internet telah menjadi medan penting dalam menghubungkan seseorang dengan sesuatu yang lain. Melalui pembacaan juga sebenarnya kita boleh menjana pendapatan secara kita sedar atau tidak. Dengan ilmu yang saya ada tentang sesuatu perkara, saya boleh menulisnya dalam blog secara ringkas dan padat agar mudah difahami oleh pembaca. Hal ini kerana, kini semakin ramai orang tidak gemar membaca buku tetapi golongan ini sebenarnya masih gemar membaca cuma mereka beralih arah ke sesuatu yang baru yang lebih mudah dan senang serta tidak perlu mengeluarkan wang yang benyak atau langsung tidak mengeluarkan wang. Perkara tersebut ialah blog. Blog semakin terkenal dalam kalangan masyarakat kini terutamanya bagi mereka yang kesuntukan mengejar masa.
Melalui blog ini, saya boleh menulis apa-apa sahaja tentang sesuatu terutamanya berkaitan sesuatu ilmu dalam blog milik saya. Apabila orang ramai melihat dan membaca tentang blog saya, saya mampu memperolehi pendapatan tanpa saya sedari dan tanpa berbuat apa-apa. Setiap kali ada sahaja pengunjung yang mengunjungi blog saya, saya akan memperolehi syer kerana saya telah menghubungkan blog saya dengan sesuatu iklan dan melalui syarikat iklan itulah saya akan memperolehi pendapatan secara dalam talian. Inilah salah satu cara bagaimana saya mampu menjana pendapatan melalui pembacaan buku.
Salah satu cara lagi cara saya mampu menjana pendapatan melaui hobi saya ialah dengan saya mengesyorkan buku-buku yang telah saya baca melalui blog atau apa-apa kaedah sekalipun. Sebelum itu, saya akan berhubung dan berbincang terlebih dahulu dengan pemilik sesebuah buku tersebut. Setelah membuat perjanjian, saya akan mengesyorkan buku-buku yang saya rasakan amat menarik dan patut dimiliki serta dibaca oleh orang lain juga. Dengan setiap buku yang terjual, saya akan memperolehi syer yang telah dipersetujui sebelum itu. Ini merupakan cara yang mudah untuk memperolehi pendapatan melalui hobi saya dengan menggunakan teknologi komunikasi.









Apakah Teknologi Yang Terlibat Dalam Membuat Keputusan


Sebagai seorang yang menjalankan perniagaan secara dalam talian, saya memerlukan peralatan teknologi yang mampu mengakses internet di mana-mana sahaja. Hal ini bagi memastikan saya mampu menjadi seorang yang komited dalam melakukan sesuatu perkara terutamanya  yang berkaitan dengan teknologi komunikasi. Bagi memastikan setiap urusan yang saya lakukan berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan, saya akan memastikan diri saya sentiasa mengikuti perkembangan teknologi semasa dan saya juga akan cuba untuk memiliki teknologi tersebut. Antara peralatan teknologi komunikasi yang saya gunakan dalam menjalankan perniagaan secara dalam talian ialah komputer riba, telefon pintar, wifi dan pelbagai alatan teknologi yang lain.

1)      Komputer Riba
Komputer riba sememangnya amat penting bagi saya menguruskan semua perkara mengenai perniagaan dalam talian yang saya usahakan. Komputer riba membantu dalam saya mengemaskini sesuatu perkara yang baru dan berhubung secara dalam talian dengan pelanggan. Ia juga berfungsi sebagai tempat penyimpanan segala maklumat mengenai sesuatu perkara yang saya lakukan.



2)      Telefon Pintar
Telefon pintar sekarang bukan lagi satu kehendak tapi ia merupakan satu keperluan terutamanya bagi individu yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara dalam talian seperti saya. Hal ini kerana, peralatan ini amat mudah digunakan dan boleh digunakan pada bila-bila masa serta di mana jua saya berada dengan menggunakan jaringan internet secara terus ke telefon pintar tersebut.




3)      Wifi
Wifi merupakan satu jaringan internet yang amat penting dalam melakukan sesuatu urusan secara dalam talian. Tanpa wifi, kita tidak boleh  mengakses internet walaupun berada dekat dengan pencawangnya. Wifi ini berfungsi dalam menghubungkan saya secara terus ke akaun perniagaan dalam talian milik saya dan berfungsi sebagai penghubung antara saya dengan pelanggan saya.